Anda menyimpan duit secara salah - Jika mati dengan longgokan duit

Terlalu gila menyimpan "merompak" pengalaman hidup berharga mereka    

        Kita semua tahu kita mesti menyimpan duit untuk masa depan dan melabur untuk duit itu berkembang agar menjadi sarang burung yang selesa semasa bersara. Begitu juga, kita tahu kita sepatutnya mempunyai dana untuk hal kecemasan juga. 


        Walaubagaimanapun, pertimbangkan juga sisi lain ini. Orang yang terlalu menyimpan yang akhirnya telah mengumpul duit lebih daripada yang mereka perlukan semasa bersara - dan akhirnya memberi kesan kepada kehidupan semasa. Mungkinkah anda juga termasuk dalam golongan ini?

        Duit extra yang kita kumpul bukanlah percuma.

Pertama : Ianya datang daripada tempat/bahagian lain (biasanya dari hasil kerja keras anda).

Kedua : Andaikan anda sememangnya berhak untuk dapat simpanan hasil kerja keras anda itu. Anda sepatutnya membelanjakannya dengan lebih bijak dan menyeronokkan. Kalau difikirkan kembali, duit 'extra' itu mewakili keseronokan iaitu sesuatu yang bermakna dan pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan yang anda boleh dan sepatutnya nikmati tetapi anda abaikan.

        Kita semua akan mati. Persoalannya adakah anda lebih rela meninggalkan ratusan ribu/jutaan ringgit (yang akan dibelanjakan oleh orang lain setelah anda tiada) atau tinggalkan seadanya setelah dibelanjakan duit-duit itu terhadap adventure atau hadiah bermakna sepanjang hayat anda?

        Semasa mula-mula bekerja saya juga gila menyimpan. Squeeze bajet sana-sini daripada gaji yang sangat "comel" ketika itu. Nasib baik orang atasan saya yang lebih senior dan bijak telah membetulkan tanggapan saya. Dia mengatakan, "buat apa nak terlalu ikat perut gila menyimpan? Cukup la sekadar simpan 10%-15% daripada gaji. Awak ada banyak masa untuk dapat lebih income di masa hadapan. Jadi, kurang bijak untuk "merompak" diri sendiri yang muda dan "miskin" untuk beri duit itu kepada diri sendiri yang dah tua dan "kaya".Ianya merupakan wake up call kepada saya dan jadi turning point apabila berkaitan dengan duit.

        Walaupun anda berasa tidak pasti income anda akan bertambah berbanding sekarang, menjadi terlalu menyimpan mengakibatkan anda hidup dengan pengorbanan peribadi yang sia-sia. Ya betul, ianya tindakan yang bijak untuk menyimpan sebahagian duit sekarang untuk dinikmati di masa hadapan. Tetapi perlu seimbangkan juga untuk dinikmati diri sendiri pada masa sekarang.    

        Sesalan tak boleh diputar kembali

        Setelah masa berlalu, anda mungkin berasa kurang puas hati akibat dari keseronokan dan peluang yang terlepas.


 

        Sebagai contoh, semasa berumur awal 20-an (sebelum saya dapat kesedaran tentang duit) saya terlepas peluang-peluang untuk melancong di dalam negara dan backpack ke luar negara bersama rakan-rakan serumah bujang - yang mana mereka telah mengalami adventure, pengalaman dan kenangan yang menakjubkan samada suka dan duka. Jadi ianya menjadi antara sesalan terbesar saya.

        Ya, saya boleh pergi travel sekarang tetapi tiada lagi kenangan adventure bersama kawan-kawan. Sekarang dah tak sesuai untuk saya tidur ala kadar di hostel atau hotel bajet ala-ala backpackers kerana saya travel bersama ahli keluarga saya. Prioirity hidup telah berubah. Family comes first.    

        Sekiranya anda ada pengalaman sesalan seperti ini, anda pasti faham bahawa menangguhkan kesenangan bererti tiada keseronokan langsung. Pada tahap yang ekstrim, jika anda menabung sepanjang hayat untuk ke Paris, anda mungkin mendapati anda telah terlalu lemah untuk benar-benar menikmati travel tersebut apabila telah sampai ke sana.

        Jangan terlepas peluang terbesar semasa hidup 

        “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.(Surah al-Munafiqun, ayat 10) 

        Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.” Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

         Apa perlu saya buat sekarang?

        Bagaimana nak elakkan terlalu menyimpan duit tanpa menjadikan anda "kering" di hari tua? Cadangan saya ialah kenalpasti keperluan anda. Ianya bermakna apa yang anda betul-betul perlu untuk survive : Contohnya barang dapur bukannya makanan di restoran, rumah yang baik bukannya villa mewah. Simpan juga sebahagian duit untuk kos perubatan (mempunyai insurans perubatan sangatlah digalakkan).

        Ianya bukan bermaksud anda tidak boleh simpan duit untuk lifestyle yang lebih baik. Cuma kenalpasti dahulu apa yang anda perlukan dan berapa yang anda perlu simpan. Setelah perkara-perkara basic dicapai, anda boleh mula menambah bucket list anda.

        Kesimpulan

  • Moderate (bersederhana) ialah key point nya untuk dapatkan hasil yang optimum.
  • Simpan untuk yang perlu
  • Lebihkan sedikit untuk hal luar jangka
  • Enjoy and have fun 

Moga perkongsian ini memberi manfaat. 

Untuk info lanjut : 

  

 


         

 

 

 

 


         

             

 

 

 

Perihal Persediaan Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum.. Bulan Ramadhan yg ditunggu-tunggu semakin menghampiri.. Apa persediaan kita dari segi mental dan fizikal? Takkan bersedia tempah baju baru je kot..

Sebagaimana kita semua maklum, bulan Ramadhan ialah bulan bonus.. Bulan yang dilipat gandakan segala ganjaran pahala yang hanya Allah sahaja yang tentukan ganjarannya.. Dan sudah tentu kedatangan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qodar)..

Ada antara kita yang target untuk pulun beribadat sepanjang bulan Ramadhan.. Niat yang sangat baik tapi perlu disertakan dengan strategi dan perancangan rapi.. 

Persediaan 1
Banyakkan berdoa supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan dan menjalani ibadah dengan sihat dan sempurna.. Menanam azam untuk melakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan bersungguh-sungguh..


Persediaan 2
Analogi menarik dari Sheikh Abdul Karim Al Makki (Imam Masjid Negeri)... Bulan puasa ni ibarat ada tournament bolasepak.. Adakah kita terus henjut tubuh badan ligan bola? 
Boleh cramp badan kita, tuan-tuan.. Dah tentu kita akan buat persediaan awal sebelum tournament,kan..

Bulan Rejab dan Syaaban ialah bulan terbaik untuk berlatih menghadapi Ramadhan.. Biasakan membaca Al-Quran satu muka/hari dan bangun malam, solat tasbih, berpuasa sunat,dll... Supaya masuk je bulan Ramadhan tubuh badan kita dah biasa serta lebih bersedia mental & fizikal untuk menjalankan ibadah sepanjang Ramadhan secukupnya..

Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)”
                                                                               (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Persediaan 3
Jaga kesihatan sebaik mungkin.. Pemakanan seimbang & senaman yang sesuai merupakan usaha kita agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan cergas.. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita kekal aktif dan bersemangat solat terawikh, tahajjud di malam hari dan melakukan ibadah-ibadah lain..

Persediaan 4
Belajar dan refresh semula hukum-hakam berkenaan ibadah puasa.. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Selain itu, kita juga perlu mempelajari puasa dari sudut batin atau rohaninya supaya puasa kita akan mendatangkan lebih kesan kepada jiwa dan roh kita..

Persediaan 5
Kukuhkan ekonomi dan mulakan menabung.. Ambil peluang untuk perbanyakkan sedekah sepanjang bulan Ramadhan.. Sepanjang Ramadhan banyak masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz, etc yang bole dipanjangkan sedekah jariah kita.. 

Pun begitu, bukan bermakna bulan-bulan lain tak bersedekah.. Cuma special pada bulan Ramadhan kita lebihkan bermurah hati (be generous)..So, selain dari buat bajet persiapan raya, allocate juga fund untuk sedekah jariah di bulan Ramadhan ni...

Persediaan Tambahan (Strategi)
Mungkin ada yang bersemangat nak pulun habis-habisan beribadat di awal Ramadhan.. Tapi menjelang pertengahan dan hujung Ramadhan dah 'pancit'... Rugi,kan.. Ibadah pada bulan Ramadhan ni bukan acara sprint (pecut).. Malah ianya acara marathon (keep our pace).. Jom sama-sama renungkan hadis Nabi SAW..
  • Dari Aishah sesungguhnya Rasulullah bersabda, "mencarilah dengan bersungguh-sungguh kalian pada Lailatul Qodar di dalam perkiraan yang ganjil dari 10 yang akhir dari Ramadhan"..   [HR al-Bukhari]
  • Dari Abdillah Bin Umar berkata, ada Rasulullah iktikaf pada malam 10 yang akhir dari bulan Ramadhan"..   [HR al-Bukhari]
Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita digalakkan untuk melipat gandakan amalan dengan bersungguh-sungguh terutamanya pada 10 malam terakhir.. Jadi, rancang strategi dan laksanakan sebaik mungkin..Moga-moga Ramadhan ini kita semua memperoleh keampunan, kebaikan dan rahmat Allah...
Wallahu a'lam...

Kenapa Claim Tak Approve?

"Insurance penipu!!...Masa nak jual janji bulan bintang, nak claim macam-macam hal". 

   Seringkali  saya dengar kenyataan ini apabila saya memperkenalkan diri saya sebagai agent insurance pada awal pembabitan pada tahun 2008.

   Tapi Alhamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.

   Memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.

   Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.

Antara Sebab Utama adalah...

1. Policy Lapsed



   Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.

   Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.

2. Manfaat tiada didalam jadual policy


   Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.

   Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :





   Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.


   Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. 

   Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah (sekiranya ada) yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.

   Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.


A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

   Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

   Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"

   Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tubuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure

   Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)


   Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.


Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.

   Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

   Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

   Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."

Sebarang pertanyaan, anda boleh email ahmadkamalatan@gmail.com atau hubungi saya di 019-2938343 (Ahmad Kamal) untuk mengetahui lebih lanjut maklumat mengenai Plan PruBSN Takaful.

5 cara bebas hutang kad kredit menjelang akhir tahun

  

 Mempunyai hutang kad kredit bukanlah bermakna petanda tabiat berbelanja yang tidak bertanggungjawab. Tetapi sekiranya anda tidak proaktif dalam membayar hutang kad kredit, ianya boleh merosakkan skor kredit anda dengan bank dan menghalang kebolehupayaan anda untuk membina kekayaan. 

   Rakyat Malaysia di setiap peringkat usia terperangkap dengan hutang kad kredit. Namun hampir 50% Generasi X tidak lebih fokus untuk membayar hutang daripada menyimpan wang untuk dana persaraan. Manakala 1 daripada 4 millenial berpendapat kad kredit adalah sumber terbesar hutang mereka-bukannya pinjaman pendidikan. 
   Berita baiknya ialah hutang kad kredit bukanlah seperti hukuman mati dalam kewangan. Walaubagaimanapun, lebih cepat anda membayar bermakna lebih cepat anda dapat memperbaiki skor kredit anda dan dapat meletakkan hasil penat lelah anda ke arah matlamat yang lebih menarik. 
   Terdapat 5 strategi untuk keluar dari beban hutang kad kredit dengan segera :

1) Minta kadar faedah yang lebih rendah

   Kebanyakan orang tidak tahu yang mereka boleh meminta pengeluar kad kredit untuk pengurangan kadar peratusan tahunan (annual percentage rate). Yang mana dengan cara ini dapat membuat perbezaan penjimatan ratusan ringgit dari bayaran faedah. 
   8 daripada 10 orang pemegang kad kredit yang memohon kadar faedah lebih rendah berjaya dengan permohonannya. Purata pengurangan faedah ialah 6%. 

2) Gandakan bayaran minimum

   Membayar kad kredit dengan bayaran minimum tidak akan membuat pengurangan ketara di dalam jumlah beban hutang anda. Selagi anda berterusan melakukan bayaran minimum, anda akan terperangkap dengan lingkaran putaran hutang yang kian membebankan. 
   Sekiranya objektif utama anda ialah menjelaskan hutang secepat mungkin, salurkan setiap dana ekstra yang anda ada kepada pembayaran hutang tersebut. Ini juga bermakna tangguhkan dahulu kesenangan (leisure) dan hidup bersederhana. Sebagai contoh, kurangkan makan di fastfood/kedai makan hipster atau menonton wayang. Ini bertujuan mendapatkan dana ekstra untuk gandakan bayaran kad kredit anda. 
   Sebagai motivasi, mulakan dengan jumlah ekstra kecil (RM100-RM200) dan buat matlamat untuk gandakan bayaran minimum itu. Dan mulakan dari situ. 

3) Buka akaun pemindahan baki



   Sekiranya anda mempunyai hutang daripada beberapa kad kredit, pertimbangkan untuk menyatukan baki-baki hutang anda ke dalam satu kad sahaja supaya anda boleh membuat satu bayaran sahaja setiap bulan.
   Kad pemindahan baki membenarkan peminjam untuk memindahkan baki-baki hutang ke dalam satu kad kredit baharu. Biasanya terdapat promosi 0% kadar faedah atau kadar faedah minimum untuk suatu tempoh tertentu. 
   Walaubagaimanapun, strategi ini memerlukan anda komited untuk menjelaskan baki hutang hingga selesai. Sekiranya anda dapat menjelaskan hutang anda dalam masa promosi 0% kadar faedah, anda berpotensi menyelamatkan banyak wang anda daripada dikenakan faedah. 
* Perlu diingat biasanya anda dikenakan fee pemindahan 3%-5% daripada jumlah hutang.*

4) Ambil pinjaman peribadi



   Strategi ini merupakan satu lagi option untuk anda pertimbangkan. Ianya ibarat gali lubang untuk tutup beberapa lubang. 
   Dengan kadar faedah pinjaman peribadi yang lebih rendah, ianya juga masa yang baik untuk menyatukan hutang-hutang dengan pinjaman peribadi. Kadar faedah pinjaman peribadi biasanya 6%-7% berbanding kad kredit 17%-24%. 
   Pinjaman peribadi akan memberikan anda longgokkan tunai segera, yang mana anda boleh arahkan pembayaran untuk melangsaikan hutang-hutang kad kredit. Selepas itu anda hanya tumpukan untuk membayar satu bayaran bulanan tetap sahaja iaitu membayar pinjaman peribadi. 

5) Langsaikan hutang paling mahal terlebih dahulu

   Sekiranya anda tidak mahu menyatukan hutang-hutang atau mengambil pinjaman lain, fokuskan untuk melangsaikan hutang yang paling besar kadar faedahnya terlebih dahulu. Ini boleh mempercepatkan keseluruhan proses pembayaran kerana anda telah menjimatkan duit daripada kadar faedah yang tinggi - ianya dikenali sebagai Kaedah Longsor (avalanche). 
   Malah lebihan RM 100 sebulan dapat membuat perbezaan yang besar dalam mengurangkan hutang - sekiranya dilakukan untuk beberapa tahun. 

Moga perkongsian ini memberi manfaat. 
Untuk info lanjut : 





8 Sebab Anda Perlukan Insurans Hayat - Walaupun Anda Fikir Sebaliknya

     Insurans hayat sangat penting untuk sesiapa yang menyara pasangan hidup, anak dan ibubapa yang sudah tua. Anda akan perlu membayar lebih jika bekerja di sektor pekerjaan berisiko tinggi atau menggemari hobi ekstrim. Tetapi risiko-risiko lain seperti kematian, sakit dan kemalangan sudah cukup menjadi sebab anda perlukan insurans hayat.
     Jika anda bekerja sendiri, sedang memulakan keluarga atau membayar hutang, ia juga masa yang baik untuk mempertimbangkan mempunyai insurans hayat. 
     Terdapat 8 faktor utama kenapa anda perlu mempunyai insurans hayat:

1) Masih muda

Kebanyakan orang tidak memikirkan tentang insurans hayat pada usia 20-an, tetapi pada usia ini ialah masa terbaik untuk membeli insurans hayat. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi kos insurans hayat, tetapi secara amnya lebih muda dan sihat anda semasa membeli policy insurans hayat - lebih murah ia akan jadi.
     Purata umur 20-an-awal 30-an yang tidak merokok boleh menjangkakan untuk membayar hanya RM 30-RM 80 sebulan untuk term life policy bergantung kepada amaun pampasan. Ianya sangat murah untuk melindungi kestabilan kewangan keluarga pada saat anda 'tiada' di sisi mereka.

2) Anda bakal berkahwin


     Jika pasangan hidup anda bergantung sepenuhnya kepada pendapatan anda untuk cara hidup yang selesa, ianya idea yang baik untuk mempunyai insurans hayat. Samada mereka juga bekerja atau tidak, mempunyai insurans hayat terlebih dahulu dapat memastikan mereka mengekalkan standard cara hidup sekiranya musibah berlaku kepada breadwinner. 
     Anda boleh menjadikan pasangan hidup sebagai penerima hibah. Dengan ini amaun pampasan dapat disalurkan secara terus kepada pasangan anda.

* Ikuti posting-posting saya berkenaan hibah untuk penerangan lanjut *


3) Anda bakal menimang cahaya mata


     Sekiranya anda bercadang untuk mempunyai anak di dalam masa terdekat, maka sekarang ialah masa paling sesuai untuk membeli insurans hayat. Yang pasti kadar kesihatan kebanyakan orang merosot seiring dengan peningkatan usia. Lebih lama anda tunggu, lebih besar kos dan caj insurans. 
     Dan jika anda merupakan breadwinner yang mana salah seorang perlu mempunyai pendapatan yang kukuh untuk membolehkan pasangannya kekal di rumah dengan selesa- ianya merupakan faktor terbesar untuk membina jaringan keselamatan kewangan keluarga sebelum anda mempunyai anak.

4) Anda menyara ibubapa (juga mertua) yang sudah tua

     Terdapat peraturan asas iaitu sekiranya seseorang mengharapkan pendapatan anda untuk hidup, anda sangat berkemungkinan memerlukan insurans hayat. 
     Kebanyakan orang berfikir untuk melindungi pasangan hidup atau anak. Tetapi terdapat juga golongan yang berperanan sebagai penjaga untuk ibubapa, mertua atau datuk nenek yang sudah tua. Golongan ini dikenali sebagai "generasi sandwich".


Sekiranya anda membantu menyara ibubapa yang sudah tua atau merancang untuk melakukannya satu hari nanti, sebuah policy insurans hayat memastikan mereka mendapat sebahagian duit untuk penjagaan jangka masa panjang atau perbelanjaan peribadi seandainya anda tidak lagi berada bersama untuk menyediakannya buat mereka.

5) Anda bekerja sendiri

     Insurans hayat sangat bermanfaat sekiranya anda merupakan pemilik perniagaan. Anda boleh menetapkan 'key person' atau 'buy & sell agreement' di dalam policy hayat. Dengan cara ini rakan niaga atau orang penting dalam perniagaan akan tetap mendapat bayaran pampasan apabila ketiadaan salah seorang daripada mereka. 
     Selain itu, perniagaan anda layak mendapat pengecualian cukai. Ianya merupakan win-win situation. Selain melindungi kelangsungan perniagaan, memiliki insurans hayat juga menjimatkan pembayaran cukai perniagaan anda. 

6) Anda mempunyai hutang 

     Apabila menentukan amaun perlindungan untuk policy insurans hayat, anda digalakkan mengambil kira jumlah hutang anda. Ini bertujuan memastikan waris/penama insurans mempunyai sejumlah dana yang mencukupi untuk membayar hutang-hutang anda. 
     Sebagaimana kita sedia maklum, hutang terbesar ialah hutang jual beli (rumah/kereta). Juga hutang kad kredit dan pendidikan (sekiranya ada). 

7) Pekerjaan berisiko tinggi


     Syarikat insurans akan sentiasa mengambil kira faktor pekerjaan anda apabila menganalisa tahap risiko anda. Secara mudahnya jika anda bekerja di sektor berbahaya atau berisiko tinggi, anda terdedah kepada risiko kematian atau kemalangan berbanding orang yang bekerja di pejabat. 
     Pekerjaan di bidang pembinaan, oil & gas, penerbangan dan perlombongan akan sentiasa mengakibatkan bayaran premium yang lebih tinggi sejajar dengan risiko yang tinggi.

8) Anda menggemari sukan ekstrim


     Sekiranya anda mencari keseronokan dengan menyukai sukan/hobi ekstrim, anda berkemungkinan besar dianggap berisiko tinggi oleh syarikat insurans. Ianya serupa dengan seseorang yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi - anda bayar lebih untuk dilindungi. Tetapi kos tambahan itu berbaloi memandangkan kebarangkalian anda cedera atau meninggal dunia lebih tinggi. 
     Sekiranya anda menggemari sukan ekstrim seperti memanjat batu, menyelam skuba, paragliding dan sukan bermotor - adalah lebih baik melaporkannya semasa mengisi borang permohonan insurans hayat. Berkenaan kos anda, syarikat insurans menilai risiko hobi ekstrim secara berlainan. Jadi anda dinasihatkan membuat beberapa perbandingan sebelum membuat keputusan. 

Dapatkan penerangan dan quotation insurans hayat sekarang. 
Untuk info lanjut :