5 cara bebas hutang kad kredit menjelang akhir tahun

  

 Mempunyai hutang kad kredit bukanlah bermakna petanda tabiat berbelanja yang tidak bertanggungjawab. Tetapi sekiranya anda tidak proaktif dalam membayar hutang kad kredit, ianya boleh merosakkan skor kredit anda dengan bank dan menghalang kebolehupayaan anda untuk membina kekayaan. 

   Rakyat Malaysia di setiap peringkat usia terperangkap dengan hutang kad kredit. Namun hampir 50% Generasi X tidak lebih fokus untuk membayar hutang daripada menyimpan wang untuk dana persaraan. Manakala 1 daripada 4 millenial berpendapat kad kredit adalah sumber terbesar hutang mereka-bukannya pinjaman pendidikan. 
   Berita baiknya ialah hutang kad kredit bukanlah seperti hukuman mati dalam kewangan. Walaubagaimanapun, lebih cepat anda membayar bermakna lebih cepat anda dapat memperbaiki skor kredit anda dan dapat meletakkan hasil penat lelah anda ke arah matlamat yang lebih menarik. 
   Terdapat 5 strategi untuk keluar dari beban hutang kad kredit dengan segera :

1) Minta kadar faedah yang lebih rendah

   Kebanyakan orang tidak tahu yang mereka boleh meminta pengeluar kad kredit untuk pengurangan kadar peratusan tahunan (annual percentage rate). Yang mana dengan cara ini dapat membuat perbezaan penjimatan ratusan ringgit dari bayaran faedah. 
   8 daripada 10 orang pemegang kad kredit yang memohon kadar faedah lebih rendah berjaya dengan permohonannya. Purata pengurangan faedah ialah 6%. 

2) Gandakan bayaran minimum

   Membayar kad kredit dengan bayaran minimum tidak akan membuat pengurangan ketara di dalam jumlah beban hutang anda. Selagi anda berterusan melakukan bayaran minimum, anda akan terperangkap dengan lingkaran putaran hutang yang kian membebankan. 
   Sekiranya objektif utama anda ialah menjelaskan hutang secepat mungkin, salurkan setiap dana ekstra yang anda ada kepada pembayaran hutang tersebut. Ini juga bermakna tangguhkan dahulu kesenangan (leisure) dan hidup bersederhana. Sebagai contoh, kurangkan makan di fastfood/kedai makan hipster atau menonton wayang. Ini bertujuan mendapatkan dana ekstra untuk gandakan bayaran kad kredit anda. 
   Sebagai motivasi, mulakan dengan jumlah ekstra kecil (RM100-RM200) dan buat matlamat untuk gandakan bayaran minimum itu. Dan mulakan dari situ. 

3) Buka akaun pemindahan baki



   Sekiranya anda mempunyai hutang daripada beberapa kad kredit, pertimbangkan untuk menyatukan baki-baki hutang anda ke dalam satu kad sahaja supaya anda boleh membuat satu bayaran sahaja setiap bulan.
   Kad pemindahan baki membenarkan peminjam untuk memindahkan baki-baki hutang ke dalam satu kad kredit baharu. Biasanya terdapat promosi 0% kadar faedah atau kadar faedah minimum untuk suatu tempoh tertentu. 
   Walaubagaimanapun, strategi ini memerlukan anda komited untuk menjelaskan baki hutang hingga selesai. Sekiranya anda dapat menjelaskan hutang anda dalam masa promosi 0% kadar faedah, anda berpotensi menyelamatkan banyak wang anda daripada dikenakan faedah. 
* Perlu diingat biasanya anda dikenakan fee pemindahan 3%-5% daripada jumlah hutang.*

4) Ambil pinjaman peribadi



   Strategi ini merupakan satu lagi option untuk anda pertimbangkan. Ianya ibarat gali lubang untuk tutup beberapa lubang. 
   Dengan kadar faedah pinjaman peribadi yang lebih rendah, ianya juga masa yang baik untuk menyatukan hutang-hutang dengan pinjaman peribadi. Kadar faedah pinjaman peribadi biasanya 6%-7% berbanding kad kredit 17%-24%. 
   Pinjaman peribadi akan memberikan anda longgokkan tunai segera, yang mana anda boleh arahkan pembayaran untuk melangsaikan hutang-hutang kad kredit. Selepas itu anda hanya tumpukan untuk membayar satu bayaran bulanan tetap sahaja iaitu membayar pinjaman peribadi. 

5) Langsaikan hutang paling mahal terlebih dahulu

   Sekiranya anda tidak mahu menyatukan hutang-hutang atau mengambil pinjaman lain, fokuskan untuk melangsaikan hutang yang paling besar kadar faedahnya terlebih dahulu. Ini boleh mempercepatkan keseluruhan proses pembayaran kerana anda telah menjimatkan duit daripada kadar faedah yang tinggi - ianya dikenali sebagai Kaedah Longsor (avalanche). 
   Malah lebihan RM 100 sebulan dapat membuat perbezaan yang besar dalam mengurangkan hutang - sekiranya dilakukan untuk beberapa tahun. 

Moga perkongsian ini memberi manfaat. 
Untuk info lanjut :