Perihal Persediaan Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum.. Bulan Ramadhan yg ditunggu-tunggu semakin menghampiri.. Apa persediaan kita dari segi mental dan fizikal? Takkan bersedia tempah baju baru je kot..

Sebagaimana kita semua maklum, bulan Ramadhan ialah bulan bonus.. Bulan yang dilipat gandakan segala ganjaran pahala yang hanya Allah sahaja yang tentukan ganjarannya.. Dan sudah tentu kedatangan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qodar)..

Ada antara kita yang target untuk pulun beribadat sepanjang bulan Ramadhan.. Niat yang sangat baik tapi perlu disertakan dengan strategi dan perancangan rapi.. 

Persediaan 1
Banyakkan berdoa supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadhan dan menjalani ibadah dengan sihat dan sempurna.. Menanam azam untuk melakukan ibadah sepanjang Ramadhan dengan bersungguh-sungguh..


Persediaan 2
Analogi menarik dari Sheikh Abdul Karim Al Makki (Imam Masjid Negeri)... Bulan puasa ni ibarat ada tournament bolasepak.. Adakah kita terus henjut tubuh badan ligan bola? 
Boleh cramp badan kita, tuan-tuan.. Dah tentu kita akan buat persediaan awal sebelum tournament,kan..

Bulan Rejab dan Syaaban ialah bulan terbaik untuk berlatih menghadapi Ramadhan.. Biasakan membaca Al-Quran satu muka/hari dan bangun malam, solat tasbih, berpuasa sunat,dll... Supaya masuk je bulan Ramadhan tubuh badan kita dah biasa serta lebih bersedia mental & fizikal untuk menjalankan ibadah sepanjang Ramadhan secukupnya..

Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)”
                                                                               (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Persediaan 3
Jaga kesihatan sebaik mungkin.. Pemakanan seimbang & senaman yang sesuai merupakan usaha kita agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan cergas.. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita kekal aktif dan bersemangat solat terawikh, tahajjud di malam hari dan melakukan ibadah-ibadah lain..

Persediaan 4
Belajar dan refresh semula hukum-hakam berkenaan ibadah puasa.. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Selain itu, kita juga perlu mempelajari puasa dari sudut batin atau rohaninya supaya puasa kita akan mendatangkan lebih kesan kepada jiwa dan roh kita..

Persediaan 5
Kukuhkan ekonomi dan mulakan menabung.. Ambil peluang untuk perbanyakkan sedekah sepanjang bulan Ramadhan.. Sepanjang Ramadhan banyak masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz, etc yang bole dipanjangkan sedekah jariah kita.. 

Pun begitu, bukan bermakna bulan-bulan lain tak bersedekah.. Cuma special pada bulan Ramadhan kita lebihkan bermurah hati (be generous)..So, selain dari buat bajet persiapan raya, allocate juga fund untuk sedekah jariah di bulan Ramadhan ni...

Persediaan Tambahan (Strategi)
Mungkin ada yang bersemangat nak pulun habis-habisan beribadat di awal Ramadhan.. Tapi menjelang pertengahan dan hujung Ramadhan dah 'pancit'... Rugi,kan.. Ibadah pada bulan Ramadhan ni bukan acara sprint (pecut).. Malah ianya acara marathon (keep our pace).. Jom sama-sama renungkan hadis Nabi SAW..
  • Dari Aishah sesungguhnya Rasulullah bersabda, "mencarilah dengan bersungguh-sungguh kalian pada Lailatul Qodar di dalam perkiraan yang ganjil dari 10 yang akhir dari Ramadhan"..   [HR al-Bukhari]
  • Dari Abdillah Bin Umar berkata, ada Rasulullah iktikaf pada malam 10 yang akhir dari bulan Ramadhan"..   [HR al-Bukhari]
Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita digalakkan untuk melipat gandakan amalan dengan bersungguh-sungguh terutamanya pada 10 malam terakhir.. Jadi, rancang strategi dan laksanakan sebaik mungkin..Moga-moga Ramadhan ini kita semua memperoleh keampunan, kebaikan dan rahmat Allah...
Wallahu a'lam...