Rahsia Kewangan Yang Berjaya : Bayar Hutang

     Hutang merupakan halangan utama ke arah mencapai matlamat kewangan. Daripada membeli rumah hingga bersara- kita akan terikat dengan hutang. Ianya melibatkan semua peringkat umur dan latar belakang. 



     Kurang berbelanja dan lebih menyimpan adalah matlamat yang berbaloi diusahakan. Walaubagaimanapun, kebolehan membayar hutang ialah kunci kejayaan ke arah kewangan yang berjaya. Dan "culprit" utama ialah kad kredit. Selain itu, hutang-hutang lain ialah pinjaman peribadi, pinjaman jua beli, pinjaman pendidikan dan hutang perubatan.
     Sebenarnya kad kredit tak bersalah dalam hal ini. Cuma penggunaan kad kredit yang berleluasa tidak selari dengan pembayaran hutang; ianya menyumbang kepada malapetaka kewangan. "Sungguh mudah untuk berhutang, tetapi untuk membayarnya sangatlah mencabar".

Bagaimana nak bayar hutang?
Untuk menangani pengurusan hutang dengan efektif, disenaraikan beberapa taktik pembayaran hutang :

1) Lakukan pelan pembayaran (repayment plan)

     Mulakan dengan senaraikan segala jenis hutang anda. Kemudian pilih pelan pembayaran samada menggunakan cara debt avalanche (runtuhan hutang) atau debt snowball (bebola salji) untuk mengikis hutang-hutang tersebut.

* Nantikan entry tentang teknik debt avalanche dan debt snowball tidak lama lagi *

     Secara ringkasnya, teknik avalanche ialah menyenaraikan hutang daripada kadar interest paling tinggi hingga yang paling rendah. Dan bayar lebih untuk selesaikan hutang dengan kadar paling tinggi terlebih dahulu.
     Alternatifnya, ialah teknik snowball. Ianya menumpukan dengan membayar amaun hutang paling rendah terlebih dahulu tanpa mengira faktor kadar faedah. Ideanya ialah membina momentum dengan hutang-hutang dapat diselesaikan satu persatu dan akan memotivasi anda untuk teruskan pelan pembayaran hutang hingga selesai.

2) Lakukan pemindahan baki


  
     Pakar mencadangkan untuk memindahkan baki hutang daripada kadar faedah kad kredit tertinggi kepada zero interest atau kadar faedah lebih rendah. Ini bertujuan untuk mengurangkan amaun faedah yang anda perlu bayar.
     Pada masa sekarang banyak bank menawarkan 0% pemindahan baki hutang kad kredit untuk tempoh setahun atau lebih. Dan ianya masa paling baik untuk menguruskan dan membayar hutang tersebut. 

3) Minta runding kadar faedah dengan bank
     Ada ketikanya, pemegang kad kredit berasa terbeban dengan hutang akibat kadar faedah yang tinggi. Anda bole secara langsung memohon dengan bank untuk mengurangkan kadar faedah. 
     Pengguna mempunyai lebih kuasa daripada yang disangkakan. Lebih 2/3 permohonan pemegang kad kredit untuk pengurangan kadar faedah berjaya. Dan kebanyakannya mendapat pengurangan 5%-6%.

4) Bekukan kad kredit anda
     

     Simpan kad kredit anda dalam laci atau sorokkan dalam peti besi-jika perlu. Kemudian tukar kepada penggunaan kad debit. Dengan ini anda hanya berbelanja dengan tunai di tangan sahaja.

     Buang jauh-jauh "biar papa asalkan bergaya" kerana anda lebih tahu keadaan dan halatuju kewangan anda. 
Moga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat.

Untuk info lanjut : 
wasap.my/+60192938343