Sudah Berusia - Perlukan Insurans Hayat?

"Saya sudah berusia,- Patutkah saya juga perlukan insurans hayat?"

   Perkataan 'berusia' ini subjektif. Dalam insurans, seseorang yang berumur melebihi 40 tahun dianggap berusia.

   Namun kekurangannya semakin bertambah usia, semakin sulit dan melibatkan banyak proses untuk membeli insurans hayat dan perubatan. Bukan sahaja premium/caruman semakin mahal, terdapat juga kebarangkalian sakit sediada (pre existing condition) bercambah yang menjejaskan peluang permohonan insurans anda diluluskan atau sekurang-kurangnya pada kadar lebih rendah.

   Walaubagaimanapun, ianya bukan bermakna anda patut mengelak daripada membeli insurans. Cuma sila ambil perhatian awal sebarang kemungkinan anda akan melalui beberapa proses sebelum permohonan insurans anda diluluskan. Contohnya, anda berkemungkinan diminta menjalani pemeriksaan perubatan mendapatkan rekod perubatan daripada hospital atau klinik sejurus membuat permohonan.

"Bagaimana menambahbaik- Apa yang patut saya lakukan?"

   Sekiranya anda berusia lebih 40 tahun dan sedang menimbangkan untuk membeli insurans, kadar premium/caruman anda biasanya lebih mahal sedikit. Dan akan berterusan meningkat selari dengan pertambahan umur anda.
   Oleh itu adalah sangat penting untuk bersegera. Jangan tunggu lagi. Masa sudah tidak berpihak kepada anda. Beli pelan insurans yang anda mampu.
   Jika anda membeli term life plan, pilih caruman maksimum terma - agar anda boleh mendapatkan kadar lebih rendah untuk jangka masa panjang.
   Selain itu terdapat juga beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kadar lebih baik dan peluang permohonan insurans anda diluluskan:-
  • Berhenti merokok
  • Berhenti minum alkohol
  • Makan makanan seimbang
  • Bersenam 
  • Kekalkan berat badan normal
  • Kekalkan cara hidup sihat
Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat keputusan yang tepat dan bermanfaat.
Untuk info lanjut :