Masih Muda - Patutkah Beli Insurans Hayat?

"Saya masih muda, - Patutkah beli insurans hayat?"
 
    Sekiranya anda masih bawah umur atau di bawah jagaan ibubapa, insurans hayat bukanlah keutamaan untuk anda buat masa ini. Yang utama ialah ibubapa patut menyediakan pelan perubatan (medical insurance plan) yang baik untuk anda. Juga disertakan dengan manfaat pampasan lumpuh kekal dan personal accident.
 
  
     Sekiranya anda mempunyai kerjaya, pastikan anda mempunyai insurans hayat asas yang disertakan dengan rider pampasan lumpuh kekal. Manfaat ini boleh membantu menyara kewangan anda andai berlaku musibah lumpuh kekal.
   
    Pada usia ini, adalah amat penting buat anda mempunyai insurans perubatan. Ianya sepatutnya menjadi keutamaan anda berbanding insurans hayat. Setelah mempunyai insurans perubatan yang mencukupi, barulah anda boleh teruskan dengan pilihan insurans hayat yang lebih baik dan komprehensif.
 
      "Apa golongan muda perlu tahu tentang insurans hayat?"

   Adalah sangat penting untuk menilai faktor kemampuan apabila memilih pelan insurans hayat kerana melibatkan  komitmen jangkamasa panjang.
       Term plan insurance adalah salah satu option yang murah dan mudah (straight forward). Anda bebas menentukan tempoh masa caruman dan pilihan manfaat yang ada. Sebagaimana yang telah disebutkan, kebaikan membeli term plan semasa usia muda ialah anda dapat menikmati kadar caruman yang lebih rendah untuk tempoh masa yang panjang.

Untuk info lanjut :