"Saya tak pernah claim. Rugilah bayar takaful tiap-tiap bulan"
Pernah dengar ungkapan health is wealth? Kalau kita ada pelan takaful sebab nak guna duit tu, maksudnya kita minta nak sakit. Syukuri lah nikmat kesihatan yang diberikan kepada kita.
Fahamkan maksud Takaful
Takaful berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala' yang bermaksud 'Saling Jamin Menjamin'. Takaful berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab dan saling membantu untuk kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang tabarru' (derma) kepada dana yang digunakan untuk membantu sesama ahli bila diperlukan.
Betulkan niat
Ini bermaksud setiap sen yang kita sumbangkan (derma) ke dalam tabung takaful berniat untuk menolong orang lain - juga diri sendiri apabila ditimpa musibah.
Sila betulkan niat terlebih dahulu. Dengan niat yang betul, jika kita tidak claim, kita tetap merasakan tidak rugi - malah berasa untung sebab dapat tolong orang lain.
Kesimpulan
Takaful wujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya.