Bila Umur Yang Sesuai Beli Insurans Hayat?

   "Bila umur yang sesuai beli insurans hayat?"

    Sebenarnya tiada jawapan yang 'betul' atau 'salah' untuk umur yang sesuai beli insurans hayat. Masa yang paling tepat ialah apabila anda mampu untuk sekurang-kurangnya membeli pelan hayat asas. Tiada istilah umur yang sesuai - hanya masa yang sesuai.

    Walaubagaimanapun, jika anda mampu membeli pelan insurans semasa muda (20-30 tahun), anda akan menikmati kos insurans lebih rendah. Premium/caruman untuk insurans hayat biasanya akan meningkat selari dengan umur. Begitu juga untuk insurans perubatan. Oleh itu, anda harus membeli insurans hayat apabila anda berkemampuan- terutamanya jika mempunyai tanggungan. 
       
          "Kalau saya tiada tanggungan?"

    Walaupun masih muda dan tiada tanggungan, insurans hayat asas seperti term life policy sangat digalakkan dan berguna kerana terdapat manfaat pampasan lumpuh kekal dan sakit kritikal.

    Jika anda tiada bekalan duit tunai seumur hidup - (yang mana kami anggap anda tiada), bersegeralah dapatkan insurans hayat yang melindungi kewangan anda jika anda lumpuh kekal, sakit kritikal dan tidak boleh bekerja lagi.
   

    Selain itu, anda juga boleh memilih investment linked policy yang mempunyai nilai tunai (cash value). Ini dapat membantu menambah simpanan untuk jangka masa panjang- sekiranya dibeli semasa usia muda.

Untuk info lanjut :