Tempoh Sumbangan |
5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh.
|
Sumbangan Minimum Bulanan |
Berbeza mengikut Tempoh Sumbangan yang dipilih.
|
Kelayakan Umur |
Umur 19 hingga 70 tahun.
|
Tamat Tempoh Perlindungan |
70 atau 80 tahun.
|
Jumlah Perlindungan Minimum |
RM250,000
|
Manfaat Matang |
Baki dari Akaun Unit Perlindungan (Protection Unit Account, PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA).
|
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA.
|
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh |
Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA dan sehingga umur 70 tahun sahaja.
|
Manfaat Penyakit Kritikal |
Tidak berkaitan.
|
Pelepasan Cukai |
Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
|
Ciri-ciri |
Bina Legasi Anda dalam Bentuk Hibah
Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka
sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur
pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang
anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Jumlah Perlindungan Minimum yang Tinggi
Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM0,000, kesejahteraan
orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang
tidakdiduga berlaku.
Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan yang Tinggi
Dapatkan perlindungan setinggi RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa pemeriksaan kesihatan*.
*Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.
|
Lampiran Rider |
Crisis Protector, Accidental Protector, Contributor
Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.
|
Nota Penting |
Ini adalah penerangan ringkas
mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan
syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
Anda seharusnya berpuas hati bahawa
produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di
bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
|