Assalamualaikum..
Perlindungan insurans takaful akan bertindak sebagai sumber dana kecemasan utama apabila ditimpa musibah-musibah yang tidak diduga, seperti kematian, kelumpuhan dan penyakit kritikal.
Perlindungan insurans takaful akan bertindak sebagai sumber dana kecemasan utama apabila ditimpa musibah-musibah yang tidak diduga, seperti kematian, kelumpuhan dan penyakit kritikal.
Instrumen
kewangan ini juga berperanan sebagai pelindung kepada aset dan
kedudukan kewangan sedia ada supaya tidak terkesan dengan teruk jika
musibah berlaku.
Semakin ramai yang memiliki insurans takaful..Namun begitu, masih wujud lagi kelompongan berhubung pemilikan perlindungan insurans takaful di kalangan rakyat Malaysia.
Contohnya, laporan daripada Pertubuhan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia,LIAM) menyatakan
walaupun 50% daripada rakyat Malaysia (sekitar 12.5 juta orang)
memiliki insurans hayat, namun 90% daripada mereka memiliki jumlah
perlindungan yang tidak mencukupi (under-insured)..
Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?
Punca
utamanya adalah kerana ramai yang mengambil polisi insurans takaful
tanpa tahu atau faham sepenuhnya tentang peraturan asas berkaitan
instrumen perlindungan kewangan ini.
Apakah peraturan-peraturan asas tersebut?
Peraturan #1 – Insurans takaful adalah instrumen kewangan untuk perlindungan
Ramai
yang mengatakan adalah rugi untuk mempunyai perlindungan insurans
takaful kerana jika tiada tuntutan dibuat, duit yang dibayar setiap
bulan untuk polisi tersebut akan hangus begitu sahaja.
Ini adalah salah faham yang serius.
Harus diingat, perlindungan insurans takaful adalah salah satu instrumen kewangan..
Apabila membeli polisi insurans, anggaplah membeli satu produk kewangan (sepertimana dalam kontrak/polisi)... Apabila
mengambil polisi takaful pula, anggaplah seperti menderma ke tabung
yang diwujudkan untuk membantu orang lain (sepertimana dalam
kontrak/polisi)
Dengan membuat anggapan sebegini, maka tidaklah timbul perasaan rugi mempunyai insurans takaful walaupun tiada tuntutan dibuat.
Lagipun, jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan, ini bermaksud tiada musibah yang menimpa ke atas diri.
Bukankah ini sesuatu yang baik?
Tambahan
lagi, fungsi utama insurans takaful adalah untuk perlindungan, dan
perlindungan perlu disediakan sebelum sesuatu musibah berlaku..Bukannya selepas musibah terjadi.
Jadi, mengapa perlu berasa rugi mengeluarkan sedikit wang untuk memiliki perlindungan insurans takaful?
Peraturan #2 – Jumlah perlindungan perlu mengikut keperluan individu
Sepertimana
yang dinyatakan oleh LIAM, 90% daripada pemegang polisi insurans hayat
mempunyai jumlah perlindungan yang lebih rendah berbanding keperluan
yang sepatutnya (under-insured)..
Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Puncanya kerana ramai mengambil perlindungan insurans
takaful tanpa mengambil kira keperluan diri-sendiri yang sepatutnya..Mereka beranggapan, cukup sekadar ada polisi insurans takaful tanpa memberi penekanan kepada jumlah perlindungan yang diambil.
Sesetengahnya
pula, hanya mengikut saranan yang diberikan ejen-ejen walaupun saranan
tersebut tidak bertepatan dengan keperluan sebenar yang diperlukan
pelanggan tersebut.
Ada
juga sebaliknya, ejen telah menyarankan jumlah perlindungan yang
secukupnya, tetapi pelanggan tetap berdegil untuk mengambil jumlah
perlindungan yang kecil kerana tidak cukup peruntukan atau tidak mahu
membayar lebih untuk perlindungan insurans takaful.
Mengikut rule-of-thumb,
jumlah manfaat pelindungan insurans takaful yang harus dimiliki adalah
10 kali ganda keperluan perbelanjaan tahunan, terutamanya untuk
penanggung nafkah.
Contohnya,
jika keperluan adalah RM 50,000 setahun, maka jumlah perlindungan
minimum seharusnya RM 500,000 supaya nanti dapat bertahan sehingga 10
tahun.
Jangka masa 10 tahun adalah tempoh yang sesuai untuk ‘pulih’ daripada musibah yang menimpa.
Peraturan #3 – Lindungi risiko yang penting dan mahal sahaja
Jika mengambil perlindungan insurans takaful, utamakan manfaat-manfaat
asas yang perlu dilindungi iaitu 3D 1A; death (kematian), diasbility (kecacatan/kelumpuhan), disease (penyakit kritikal) dan asset (aset/harta) dan optimumkan supaya jumlah perlindungan adalah mengikut
keperluan yang sepatutnya..
Abaikan perlindungan-perlindungan atau manfaat-manfaat kecil (luxurious items) yang tidak penting kerana ianya akan
hanya mengurangkan jumlah perlindungan untuk perkara-perkara utama di
samping boleh menyebabkan harga bayaran bertambah mahal. .Janganlah pula merungut jumlah bayaran yang mahal, walhal ada terambil perlindungan untuk perkara-perkara tidak penting.
Jadi, amatlah penting untuk merancang perlindungan yang ingin diambil dan berbincang dengan secukupnya bersama-sama ejen.
Peraturan #4 – Insurans takaful bukan instrumen utama pelaburan/simpanan
Rakyat Malaysia lebih gemar bertanya berapa jumlah yang akan dipulangkan semula jika tiada musibah berlaku..Kurang kesedaran untuk bertanya atau mengetahui lebih lanjut berkenaan jumlah perlindungan.
Situasi ini sama seperti yang saya terangkan dalam peraturan #1 di atas.
Prinsip asas : Insurance / Takaful is all about PROTECTION..
So, lebihkan manfaat perlindungan, sekiranya ada nilai tunai (cash value) adalah complementary bonus tambahan.. Lagipun Takaful bertindak sebagai Protection Instrument Kalau nk generate/accumulate pelaburan bole refer kepada Investment Instrument seperti unit trust, dsb..
Peraturan #5 – Elakkan terlebih bayar untuk perlindungan insurans takaful
Berapa yang perlu dibayar untuk dapatkan perlindungan optimum daripada insurans takaful?
Cadangan yang baik adalah sekitar 10% daripada pendapatan bulanan anda.
Maksudnya, jika gaji anda RM 3,000 sebulan, maka peruntukkan RM 300 untuk perlindungan insurans takaful.
Dalam
memilih polisi insurans takaful yang sesuai dan menentukan jumlah yang
akan diperuntukkan, kena ambil kira beberapa perkara seperti pendedahan
risiko, tanggungan nafkah, jumlah keperluan perlindungan, kemampuan
kewangan dan jumlah aset-hutang yang dimiliki.
Oleh
itu, pada peringkat permulaan semasa pendapatan masih kecil, pilih
sahaja pelan insurans takaful yang sesuai dengan keperluan
semasa.
Dari
semasa ke semasa, seiring dengan pertambahan pendapatan, boleh tambah
jumlah perlindungan agar memenuhi jumlah yang disarankan, iaitu 10 kali
ganda keperluan perbelanjaan tahunan.
Di
samping itu, keseimbangan antara jenis manfaat, jumlah perlindungan dan
jumlah bayaran perlu juga diambil kira dalam memilih sesuatu pelan
insurans takaful.
Sebab
itulah digalakkan untuk melindungi risiko-risiko yang penting sahaja
dan abaikan manfaat-manfaat kecil yang tidak penting, agar bayaran yang
dikenakan nanti tidak membebankan.
Yang paling penting, pastikan bayaran untuk pelan perlindungan tersebut mampu dibayar.
Pelan
insurans takaful sepatutnya membantu pengurusan kewangan anda, bukannya
menjerat hingga menjejaskan peruntukan untuk perbelanjaan keperluan
yang lain.
Haruslah
dipastikan bahawa pelan insurans takaful yang dipilih mampu memenuhi
keperluan peribadi dan menyediakan dana yang secukupnya apabila ditimpa
musibah.
Oleh
itu, perlulah memahami dan memenuhi semua peraturan asas berkaitan
insurans takaful agar perlindungan yang diambil dapat berfungsi dengan
baik tika saat memerlukan.
Hubungi 019-2938343 (Ahmad Kamal) atau email ahmadkamalatan@gmail.com untuk maklumat lanjut..
Hubungi 019-2938343 (Ahmad Kamal) atau email ahmadkamalatan@gmail.com untuk maklumat lanjut..