Duit insurans matang tak dituntut

RM 327 juta duit insurans yg dah matang tidak dituntut..



Menurut LIAM, sbb utama ialah kebanyakan policy holder TERLUPA pernah ada insurans yg matang pada umur tertentu.. Maklumlah, masa sign up policy mungkin 15-30 thn lepas. Kebarangkalian utk lupa sangat tinggi terutamanya utk policy jenis endowment plan..

Antara sebab lain ialah policy holder meninggal dunia dan penama tak tahu/terlupa kewujudan policy..So takde sesiapa yg buat tuntutan..


Selain itu maklumat untuk dihubungi yg dah outdated.. Maklumat diri spt no telefon rumah,pejabat dan mobile serta alamat surat menyurat terkini harus sentiasa di kemaskini.. Email address terkini juga membantu utk contact policyholder/penama..  

So untuk elakkan perkara yg sama berlaku kpd kita, ambil tindakan yang bijak sekarang:

1) Lantik penama insurans/ penama hibah takaful. Maklumkan juga penama tersebut tentang policy insurans/takaful anda.. 
2) Ambil tahu tentang features & benefit policy insurans..
3) Sentiasa berhubung dengan agent anda..
4) Update contact info melalui agent dan insurans company  supaya mudah dihubungi kelak.. 

Bagaimana waris hendak membuat tuntutan? 
Jangan bimbang, tuntutan anda akan diproses dengan mengikuti syarat-syarat tertentu.. Sila rujuk artikel di bawah untuk penerangan lanjut.. 
Moga bermanfaat