"Saya x perlu la insurans semua bagai ni.. Saya tawakal je.."
"Aku tak caye la ngan insurans.. Nak claim punya la leceh"
Assalamualaikum.. Pernah dengar statement di atas?
Ini ialah common statement & pemikiran segelintir masyarakat.. Saya tak salahkan mereka..Mungkin mereka atau orang terdekat pernah ada bad experience, atau mungkin mereka belum dapat penjelasan yg tepat.. So tu la keje saya untuk menyampaikan maklumat, selebihnya serahkan pada Yang Maha Berkuasa..
Kalau tanya diri sendiri : mungkin kita akan kata takaful ni tak perlu..
Tapi kalau tanya balu, akan ada 2 soalan :
Berapa bole dapat? & Bila bole dapat?
Lagipun, malang memang tidak berbau.
Berapa bole dapat? & Bila bole dapat?
Bagi
mereka yang masih belum mempunyai sebarang skim perlindungan
insurans/takaful, saya senaraikan sebab-sebab anda wajib memilikinya:
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, diasbility & diseases)..Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui..Harus diingat, instantiation untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat saban hari.
Setiap hari berlalu, kita semakin mendekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya..Semakin
banyak kita bergerak dengan kenderaan di atas jalan-raya, semakin
tinggi kebarangkalian untuk kemalangan yang bukan sahaja boleh
menyebabkan kematian, tetapi juga kelumpuhan (minta dijauhkan-Nya)
Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit.
Jadi,
perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri anda dari segi
kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini.
Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak..Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas..Apabila diserang penyakit, ada medical card untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan serta pampasan untuk penyakit kritikal..
2. Malang tidak berbau
Biasa dengar dengan pepatah “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”? Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful.
Syarat
utama untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan
insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku iaitu konsep "Cover before claim"..
Seandainya
kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru
mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi
lagi.
Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.
Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).. Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan.
Lagipun, malang memang tidak berbau.
Kita tau tarikh lahir kita tapi kita tidak tahu tarikh kematian kita..
Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita.. Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah.
Oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu.
3. Melindungi harta/aset
Jika kita membeli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax), diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful kenderaan.
Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu.
Kenapa?
Kerana
insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku
musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan,
kecurian dan kebakaran.
Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada..Harta yang perlu dilindungi bukan sahaja yang berbentuk fizikal, malah yang bukan fizikal juga.. Contoh utama aset bukan fizikal adalah perniagaan yang dijalankan, mesti dilindungi dengan takaful secukupnya.
Pernah
dulu diberitakan ada seorang penyampai radio menginsuranskan suara
beliau, kerana bagi beliau, suaranya adalah aset bernilai.. Sekiranya
berlaku sesuatu ke atas suara beliau yang boleh menjejaskan pendapatan
beliau, beliau boleh mendapat pampasan sewajarnya.
Jadi,
perlindungan insurans/takaful adalah sangat penting untuk melindungi
aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu
musibah dapat dikurangkan.
4. Melindungi pelaburan
Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada.. Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu. Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar. Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik.
Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini.. Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.. Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi.
Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan.. Jika
ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh
pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan
perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai.
Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan.
5. Wariskan harta, bukan hutang
“Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan …..?”
Apabila
kita sudah tiada nanti, sebaik-baiknya janganlah ditinggalkan beban
atau hutang yang banyak kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang
ada.. Sudahlah mereka bersedih atas pemergian kita, ditambah pula runsing dengan beban yang ditinggalkan.. Bukankah perit jika memikirkannya.
Sebaik-baiknya, tinggalkanlah legasi atau harta untuk sekurang-kurangnya menampung keperluan mereka.. Hibahkan sebahagian fund untuk keluarga bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka..Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada.
Dengan mengambil skim perlindungan insurans/takaful secukupnya, masalah ini boleh diatasi.. Ambillah
perlindungan secukupnya, pastikan jumlah pampasan yang akan
ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka
dalam jangka masa yang panjang.
6. Jihad ekonomi Islam
Sebelum
wujudnya skim takaful yang patuh syariah, skim perlindungan banyak
dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai
unsur-unsur riba..Tetapi
sekarang, banyak produk-produk takaful wujud untuk memberikan
alternatif kepada umat Islam mendapatkan perlindungan sewajarnya.
Malangnya,
walaupun setelah beberapa tahun skim-skim takaful muncul, kadar
langganannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan skim insurans
konvesional walaupun di kalangan umat Islam sendiri.
Bahkan, ada segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pandangan skeptikal dan merendah-rendahkan produk-produk takaful.
Jadi, di sinilah peranan sebagai orang Islam untuk menunjukkan sokongan kepada sistem ekonomi berteraskan Islam.. Pilihlah takaful sebagai jihad untuk ekonomi Islam.
Jika nanti bercadang untuk mengambil perlindungan untuk diri dan keluarga, pilihlah produk-produk takaful.
7. Niat murni membantu orang lain
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma).
Dengan mengambil takaful, peserta-peserta sebenarnya memindahkan sebahagian bayaran kepada tabung derma (tabarru’).
Syarikat takaful berperanan sebagai pengurus tabung ini.. Apabila ada peserta yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi.
Kiranya, wujud konsep jamin-menjamin melalui derma.. Atas sebab inilah kita patut mengambil perlindungan melalui skim takaful.. Tanpa sedar, kita sebenarnya membantu orang lain yang ditimpa musibah. Mungkin duit bukan satu isu pada anda tetapi sekurang-kurangnya anda menderma untuk saudara kita yang memerlukan..
Jika anda masih belum mempunyai apa-apa perlindungan, bertindaklah segera untuk mendapatkannya.. Hubungi saya 019-2938343 (Ahmad Kamal) atau email ahmadkamalatan@gmail.com untuk maklumat lanjut..