Perihal Mata Gergaji

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman sendiri tentang mata gergaji dan significant dalam kehidupan harian..


Saya ada hobi iaitu suka bertukang.. Walaupun saya tak pandai sgt bertukang dan hanya mempunyai peralatan asas seperti hammer, measuring tape dan gergaji saje.. Tak kira la apa saja projek; dari membuat sangkar kucing, sambung bumbung di belakang rumah, pasang para (shelf), dll.. Seakan satu kepuasan bila projek tu siap (walaupun hasilnya kurang seni/kemas)...

Selama beberapa tahun saya menggunakan perlatan yang sama.. Baru-baru ni saya menghadapi beberapa isu: hasil kerja makin kurang kemas, cepat penat/lenguh dan satu-satu projek mengambil masa agak lama untuk siap..

So, saya buat self diagnosis kenapa keadaan ni berlaku? Sedangkan kalau ikut logik, semakin kerap kita buat sesuatu perkara sepatutnya kita semakin cekap/mahir..kan? Saya pikir punya pikir dan pikir lagi....

Then saya dapat jawapannya apabila saya tanya soalan pada diri sendiri.. 
"Bila kali terakhir aku asah mata gergaji?"
Ahhaaaaa....saya x penah asah mata gergaji! Patut la kesan potongan kayu bergerigi, sambungan kayu jadi x cantik, so hasil kerja kurang kemas.. Memang la tangan cepat lenguh dan projek lambat siap!! Adoiii...

Satu hari saya balik kampung dan masuk ke stor arwah abah saya.. Dah hampir 3 tahun tak masuk stor ni sejak arwah sakit dan meninggal dunia.. Saya jumpa beberapa alat yang sangat berguna seperti bor(penebuk lubang manual), ketam kayu manual, kikir kayu, pengasah mata gergaji dan beberapa alatan lain..
Bor kayu (penebuk manual)
 
Ketam kayu manual

Walaupun ada banyak jenis power tools di pasaran, saya pilih untuk gunakan alatan oldschool sebab ada kesan nostalgik.. Mengimbau zaman kanak-kanak dan remaja semasa bertukang dengan abah.. 
So, Saya pun mula gigih mengasah mata gergaji satu demi satu.. 
Hasilnya mata gergaji saya tajam dan lurus macam baru beli.. Kesannya, dapat siapkan projek dengan lebih efisien.. Dapat potong kayu dengan mudah dan lurus, sambungan kayu lebih kemas, kurang rasa lenguh dan projek lebih cepat siap.. Semuanya bermula dari persediaan awal.. Asah mata gergaji..

Pengajaran
So apa yang kita bole belajar dari kisah ni?
  1. Walau sebanyak mana ilmu kita ada, kena selalu muhasabah diri.
  2. Kena selalu tambah ilmu, tajamkan skill dan penambahbaikan.
  3. Persediaan awal menyumbang kepada hasil kerja yang lebih efisien.
  4. Pastikan mindset, skillset, toolset yang lengkap & baik untuk dapatkan hasil kerja yang baik..
  5. Selain tumpuan kepada perkara besar, perhatikan juga perkara-perkara kecil untuk hasil kerja yang lebih baik. 
Sekian, 
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul"..
"Practice makes permanent"..