Pernah dengar atau mengalami keadaan yg sama?
Sabar tuan puan sekelian... Saya share info ttg GL. Bukan kami saja-saja nak menganiaya client kami...
Untuk makluman, guarantee letter ni
adalah surat jaminan daripada pihak takaful kepada pihak hospital yang
menyatakan bahawa mereka akan membayar bil perubatan anda.
Ya, guarantee letter boleh makan masa
nak dikeluarkan, tak kiralah pre-admission GL ataupun post-admission.
Pre-admission GL ni adalah GL yang dikeluarkan semasa / sebelum anda
admit dan post-admission GL ni semasa anda nak discharge.
Kenapa lama?
1) Pre-admission. Mereka akan selidik
dulu laporan yang dihantar oleh doktor. Nak tengok samada policy anda masih hidup ( inforced), atau anda admit
sebab pre-existing illness, penyakit tergolong dalam exclusion list
polisi anda atau polisi anda masih dalam waiting period.
2) Post-admission. Mereka akan selidik
laporan doktor untuk memastikan claim ni bukan fraud, jumlah claim
selaras dengan pre-admission GL yang dikeluarkan, bukan dalam exclusion
list dan tiada kaitan dengan pre-existing condition.
- Nota : Sesuatu claim mesti memenuhi syarat-syarat sah claim :
- Ada symptom (tanda-tanda sakit. Cthnya demam, muntah berpanjangan).
- Diagnosis (apa pendapat doktor patient ni sakit apa sebenarnya)
- Treatment plan (jenis-jenis rawatan yg dicadangkan oleh doktor)
- Adakah rawatan yg dijalankan selari dengan treatment plan yg dirancang.
Of course, macam-macam lagi yang
disemak, tapi secara asasnya itulah yang disemak. Tujuannya adalah untuk
memastikan hanya genuine cases sahaja yg dibayar & melindungi tabung takaful dari sebarang penyalahgunaan..
Yelah.. Tabung takaful milik semua ahli yang menyumbang. Duit itulah guna nak bayar pampasan dan bil perubatan termasuk rawatan susulan semua ahli.
Jadi bersabarlah sikit. Average waiting time antara 2-4 jam untuk post-admission GL. Takpe, tunggu dalam wad, masih selesa.
Tapi kalau nak cepat jugak, gunalah duit
sendiri. Nak guna duit orang kena sabar sikit. Sama macam kalau apply
loan, bukan apply hari ni esok boleh dapat terus.